Sunday, January 30, 2011

MAS COTEK

Persediaan herba yg diadun drp 7jenis herba Mas Cotek Cendawan Madu dan diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, 
Zikir, Sembahyang Hajat, serta Doa' dgn kaedah perubatan tabib dan kesufian.

Khasiatnya:


Mas Cotek : Tumbuhan Herba Ajaib

 
 
Negara kita, Malaysia mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba di antara yang terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, pengguna dan pengamal perubatan tradisional tempatan gagal untuk mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada bagi menggiatkan pembangunan industri perubatan tradisional. Mengikut kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat potensi besar pasaran produk barangan kesihatan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba.
           Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya “Ficus deltoidea” dari famili “moracea” adalah sejenis pokok herba meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya dijumpai di kawasan perbatuan dan pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 spesies mas cotek antaranya adalah telinga beruk, telinga gajah, telinga kera, delima sudip, mas cotek kelilik kering, pitis skeleng kecil dan lain-lain. Perbezaan di antara spesies dapat dikenalpasti melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap spesies mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
           Di Malaysia, spesies serapat angin boleh dijumpai dengan banyaknya di bahagian pantai timur semenanjung terutamanya di negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di negeri Kelantan. Di kawasan tengah dan selatan semenanjung boleh dijumpai spesies delima sudip, manakala di bahagian utara semenanjung dengan banyaknya terdapat spesies telinga kera.
            Nama mas cotek diberi kerana terdapatnya bintik-bintik halus yang berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Manakala pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Benihnya pula disebar oleh burung yang memakan buahnya. Secara tradisinya mas cotek boleh dikategorikan kepada :
a)     Mas cotek jantan
b)     Mas cotek betina
Perbezaan yang paling jelas dapat dikenalpasti di antara spesies mas cotek jantan dan spesies mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daun. Pokok mas cotek jantan mempunyai jenis daun yang kecil, tirus, nipis dan ringan manakala bahagian belakang daun terdapat bintik bewarna merah. Pada lazimnya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.
 
            Bagi pokok mas cotek betina pula mempunyai rupa bentuk daun yang lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan spesies jantan. Sama dengan spesies mas cotek jantan, daun mas cotek betina turut mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina adalah bewarna hitam bukannya berwarna merah. Urat daun mas cotek betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.
 
            Mengikut konsep “Doctrine of signature” bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi tujuan mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan sebagai teh herba untuk kesihatan dan kecantikan.
 
            Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia terkandung di dalam mas cotek adalah flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu minda dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah kurang daya tumpuan. Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
 
Catatan : // Artikel ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM merangkap Penulis Sains Malaysia


1.Utk penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, ghout, athiritis, hati, limpa, ketumbuhan, batu karang, 
darah kotor dll.


2.Mengandungi bacaan pelembut hati utk keluarga suami/isteri anak-anak, saudara mara, sahabat handai.


Dijual dengan harga RM18 call FIKRI: 012-6964633

No comments:

Post a Comment